Anugerah Remaja Siber iktiraf kepakaran ICT pelajar (UTUSAN MALAYSIA)

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 11:01 PG

Ahmad Dahlan Kardi (Lima dari kiri) bersalaman dengan pYap Voon Meo selepas tamat majlis penyampaian hadiah Anugerah Remaja Siber di SMK Pandan Indah, baru-baru ini.

Buat pertama kalinya pengiktirafan telah diberi kepada pelajar sekolah yang kreatif dan berpengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) melalui Anugerah Remaja Siber anjuran Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Ampang, baru-baru ini.

Anugerah yang disertai 36 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar zon itu telah dimenangi oleh Yap Voon Meo, 18 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Ampang bagi kategori sekolah menengah manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh Mohd Alief Imran Sefor Rahman, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas.

Menurut Voon Meo, pertandingan ini adalah yang pertama kali disertai melibatkan pengetahuannya tentang ICT.

Walaupun sehari sebelum pertandingan itu Voon Meo tidak mendapat tidur yang cukup kerana membuat persediaan bagi dua pertandingan namun dia berpuas hati kerana usahanya berbaloi.

``Saya terpaksa membuat persiapan untuk satu lagi pertandingan lain namun kedua-duanya saya anggap penting dan saya berpuas hati kerana saya mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada pertandingan ini kerana telah mempunyai pengetahuan tentang bidang ini,’’ katanya.

Sementara itu Mohd Alief Imran yang juga pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini menyifatkan soalan yang dikemukakan pada pertandingan itu agak sukar.

``Agak sukar juga soalan yang dikemukakan sama ada soalan objektif atau soalan amali tetapi sebelum pertandingan guru saya telah memberi tunjuk ajar serba sedikit tentang skop pertandingan ini,’’ katanya.

Dalam pertandingan itu, tempat kedua dan ketiga bagi kategori sekolah menengah masing-masing dimenangi oleh Afdhal Atiff Tan Amin Husaini Tan dari SMK Dato Ahmad Razali dan Mohd Firdaus Idris dari SMK Pandan Mewah.

Tempat kedua bagi kategori sekolah rendah pula ialah Ng Jia Jen dari SK Bukit Teratai dan tempat ketiga dimenangi oleh Dalila Mohd Alwi dari SK Tasek Permai.

Pertandingan bagi anugerah itu telah disertai oleh seramai 36 pelajar dari 27 sekolah iaitu 18 buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah.

Kategori sekolah rendah melibatkan pelajar tahun 6 iaitu seramai 18 orang manakala kategori sekolah menengah juga disertai oleh 18 pelajar sekolah menengah dengan setiap sekolah menghantar dua pelajar melibatkan pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima.

Pertandingan tersebut melibatkan dua bahagian soalan iaitu soalan amali melalui pembinaan bahan multimedia dan soalan objektif.

Sementara itu, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampang, Asman Harun berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berkenaan sebagai salah satu usaha menyuburkan bidang berkenaan di sekolah-sekolah.

Melalui pertandingan tersebut, guru dan pelajar diharap akan lebih serius terhadap bidang ICT.

``Pada masa ini apa juga yang kita buat sama ada dalam sesuatu mata pelajaran, guru atau pelajar tidak boleh lari daripada ICT,’’ katanya.

Menurut beliau, pertandingan sedemikian yang merupakan kurikulum dalam kokurikulum yang belum pernah diadakan di peringkat daerah mahupun negeri.

``PKG Zon Ampang adalah pelopor pertandingan itu dan berharap ia dapat dilanjutkan di peringkat daerah dan negeri Selangor,’’ katanya.

Pertandingan itu juga turut melibatkan kerjasama guru-guru ICT sekolah, tenaga pakar, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Cybersecurity Sdn. Bhd. termasuk syarikat swasta seperti Jusa Sepadu Sdn. Bhd.

Sejajar usaha mengembangkan ilmu ICT, semasa pertandingan diadakan guru-guru pengiring pula didedahkan dengan ceramah keselamatan siber oleh syarikat Cybersecurity itu.

Pada pertandingan itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor, Ahmad Dahlan Kardi telah menyampaikan hadiah dengan disaksikan oleh oleh Presiden Persatuan Pendidik Teknologi Kebangsaan, Dr. Mohd Arif Ismail dan Pengetua SMK Pandan Indah, A-Inah Bahrom.


|

SYS is the best

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 7:18 PG

11 April 2009, SMK Sultan Yussuf telah menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan ePPDa yang dianjurkan oleh PPD kinta selatan. Ini merupakan pertama kali sekolah menyertai pertandingan ini. SMK Sultan Yussuf berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ePPDa iaitu presentation tentang masyarakat madani tanpa dadah. Antara salah satu daripada 3 orang peserta merupakan pengerusi kelab ict. Tahniah kepada tuan pengerusi ict. Diharap kejayaan ini dapat diteruskan lagi. Bagi pengetahuan semua, 3 orang pemenang ini berjaya membawa diri ke peringkat negeri dan mewakili negeri perak dalam pertandingan ePPDa. Syarat perlawanannya ialah kurung selama 3 jam dalam sebuah bilik khas dan diminta membuat persediaan presentation didalam bilik itu.(gambar ehsan cikgu azizan)

|

Perjumpaan Kelab ICT

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 10:14 PG
Setiap Rabu 12.30 TGH hingga 1.30 TGH. Semua Jawatankuasa Kelab ICT diwajibkan hadir.. Setiap minggu ke 2 dan 4.. Arahan Pengerusi Kelab ICT.

|

MAri BErCitCat



Copyright © 2009 -Kelab ICT- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.