Lawatan Kelab ICT ke PC Show di Stadium Indera Mulia

Posted by Admin on 12:28 PG
















maaf.. artikel tidak sempat dibuat dan gambar tidak sempat diedit kerana sibuk dengan urusan blog lain..

|

Sekitar Perjumpaan Kelab ICT

Posted by Admin on 12:28 PG






guru penasihat


pengerusi kelab, Muin


bendahari kelab, Khairi


antara ahli- ahli kelab ICT






macho..


Kelab ICT membuat perjumpaan di Makmal komputer pada pagi tadi. Perjumpaan itu telah membincangkan cadangan dan aktiviti- aktiiviti yang akan di buat oleh kelab ini. Antara aktiiviti yang dibuat adalah :-
-blog
-lawatan ke MMU
- pc fair
-maintenance pc / penyelengaraan pc
-treasure hunt
- jamuan akhir tahun
- design baju

dan sebagainya.

|

Organisasi kelab ICT 2010

Posted by Admin on 12:18 PG
Organisasi kelab ICT 2010

Penaung
En. Ahmad Sanee bin Zainal Abidin

Penolong Kanan Kokurikulum
En. Mukhlis Bin Rosul

Guru Penasihat
Pn. Aenizawati binti Abdul Samad
Cik Maslin bt Kamaruddin
Ros Emiliana Kartina Bt Mohamed

Pengerusi
Muhammad Muinuddin

Naib Pengerusi
Muhammad Amnas Firdausi

Setiausaha
Muhammad Faeez Bin Azahar

Naib Setiausaha
Nur Hidayah Bt Abd Mutalib

Bendahari
Muhammad Khairi Bin Zainorin

Naib Bendahari
Muhamad Alif bin Mat Nasir

Ahli Jawatan Kuasa
Unit Teknikal : Muhammad Imran Bin Kamaron
Keceriaan : Raihaan Bt Mohd Arshad

Wakil Tingkatan

Ting 4 : Muhd Adib bin Muhd Helmi
Ting 5 : Muhammad Firdaus Bin Hazizi

|

Mesyuarat Agung Kelab ICT 2010

Posted by Admin on 12:00 PG




Kelab ICT telah mengadakan mesyuarat agung 24 hb yang lalu. Mesyuarat itu diadakan di Makmal ICT. Seramai 25 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuartat tersebut telah melantik ahli kawatankuasa kerja kelab tersebut.

Muhammad Muinuddin dari kelas 5st1 telah dilantik menjadi pengerusi kelab ICT pada tahun ini. Mesyuarat itu juga telah meluluskan yuran ahli sebanyak RM1 pada setiap perjumpaan.

Pelbagai perkara telah dibincangkan pada hari tersebut. Kelab ini akan membuat perjumpaan pada setiap hari Rabu selepas perhimpunan.

|

Selamat Datang ke Kelab ICT dan SMKSY kepada tingkatan 6 rendah..

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 8:00 PTG
Ahli Kelab ICT mengucapkan selamat datang ke SMK Sultan Yussuf dan kami mengalu-alukan kedatangan pelajar tingkatan 6 rendah ke Kelab ICT. Secara ringkas, kelab ict ialah kelab yang hanya terbuka kepada kelas yang mengambil aliran komputer sahaja. Kelab ini akan mengadakan aktiviti pada setiap hari rabu minggu kedua dan keempat. Carta Organisasi telah lengkap di papan kenyataan kelab ict dan di laman blog kelab ict. Sekian Terima Kasih..

|

SYS menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan eppda

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 7:57 PTG
SMK Sultan Yussuf telah mewakili Kinta Selatan dalam Pertandingan ePPDA Peringkat Negeri Perak 2009.Pertandingan ini telah berlangsung 22 hingga 23 Mei 2009 bertempat di SMK Dr. Burhanuddin Taiping Perak.SYS telah berjaya menduduki tempat ketiga. Ini merupakan penyertaan pertama SYS dalam pertandingan ePPDA di peringkat daerah dan juga peringkat negeri. Syabas kepada peserta yang terlibat yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan biarpun merupakan pertama kali menyertai.Tahniah!!! (gambar ihsan en azizan) (dipetik daripada smksy.com)

|

Perjumpaan Kelab ICT

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 11:53 PG
Tarikh :06 May 2009
Hari : Rabu
Masa : 12.20 TGH hingga 1.30 TGH

|

Anugerah Remaja Siber iktiraf kepakaran ICT pelajar (UTUSAN MALAYSIA)

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 11:01 PG

Ahmad Dahlan Kardi (Lima dari kiri) bersalaman dengan pYap Voon Meo selepas tamat majlis penyampaian hadiah Anugerah Remaja Siber di SMK Pandan Indah, baru-baru ini.

Buat pertama kalinya pengiktirafan telah diberi kepada pelajar sekolah yang kreatif dan berpengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) melalui Anugerah Remaja Siber anjuran Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Ampang, baru-baru ini.

Anugerah yang disertai 36 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar zon itu telah dimenangi oleh Yap Voon Meo, 18 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Ampang bagi kategori sekolah menengah manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh Mohd Alief Imran Sefor Rahman, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas.

Menurut Voon Meo, pertandingan ini adalah yang pertama kali disertai melibatkan pengetahuannya tentang ICT.

Walaupun sehari sebelum pertandingan itu Voon Meo tidak mendapat tidur yang cukup kerana membuat persediaan bagi dua pertandingan namun dia berpuas hati kerana usahanya berbaloi.

``Saya terpaksa membuat persiapan untuk satu lagi pertandingan lain namun kedua-duanya saya anggap penting dan saya berpuas hati kerana saya mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada pertandingan ini kerana telah mempunyai pengetahuan tentang bidang ini,’’ katanya.

Sementara itu Mohd Alief Imran yang juga pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini menyifatkan soalan yang dikemukakan pada pertandingan itu agak sukar.

``Agak sukar juga soalan yang dikemukakan sama ada soalan objektif atau soalan amali tetapi sebelum pertandingan guru saya telah memberi tunjuk ajar serba sedikit tentang skop pertandingan ini,’’ katanya.

Dalam pertandingan itu, tempat kedua dan ketiga bagi kategori sekolah menengah masing-masing dimenangi oleh Afdhal Atiff Tan Amin Husaini Tan dari SMK Dato Ahmad Razali dan Mohd Firdaus Idris dari SMK Pandan Mewah.

Tempat kedua bagi kategori sekolah rendah pula ialah Ng Jia Jen dari SK Bukit Teratai dan tempat ketiga dimenangi oleh Dalila Mohd Alwi dari SK Tasek Permai.

Pertandingan bagi anugerah itu telah disertai oleh seramai 36 pelajar dari 27 sekolah iaitu 18 buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah.

Kategori sekolah rendah melibatkan pelajar tahun 6 iaitu seramai 18 orang manakala kategori sekolah menengah juga disertai oleh 18 pelajar sekolah menengah dengan setiap sekolah menghantar dua pelajar melibatkan pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima.

Pertandingan tersebut melibatkan dua bahagian soalan iaitu soalan amali melalui pembinaan bahan multimedia dan soalan objektif.

Sementara itu, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampang, Asman Harun berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berkenaan sebagai salah satu usaha menyuburkan bidang berkenaan di sekolah-sekolah.

Melalui pertandingan tersebut, guru dan pelajar diharap akan lebih serius terhadap bidang ICT.

``Pada masa ini apa juga yang kita buat sama ada dalam sesuatu mata pelajaran, guru atau pelajar tidak boleh lari daripada ICT,’’ katanya.

Menurut beliau, pertandingan sedemikian yang merupakan kurikulum dalam kokurikulum yang belum pernah diadakan di peringkat daerah mahupun negeri.

``PKG Zon Ampang adalah pelopor pertandingan itu dan berharap ia dapat dilanjutkan di peringkat daerah dan negeri Selangor,’’ katanya.

Pertandingan itu juga turut melibatkan kerjasama guru-guru ICT sekolah, tenaga pakar, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Cybersecurity Sdn. Bhd. termasuk syarikat swasta seperti Jusa Sepadu Sdn. Bhd.

Sejajar usaha mengembangkan ilmu ICT, semasa pertandingan diadakan guru-guru pengiring pula didedahkan dengan ceramah keselamatan siber oleh syarikat Cybersecurity itu.

Pada pertandingan itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor, Ahmad Dahlan Kardi telah menyampaikan hadiah dengan disaksikan oleh oleh Presiden Persatuan Pendidik Teknologi Kebangsaan, Dr. Mohd Arif Ismail dan Pengetua SMK Pandan Indah, A-Inah Bahrom.


|

SYS is the best

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 7:18 PG

11 April 2009, SMK Sultan Yussuf telah menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan ePPDa yang dianjurkan oleh PPD kinta selatan. Ini merupakan pertama kali sekolah menyertai pertandingan ini. SMK Sultan Yussuf berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ePPDa iaitu presentation tentang masyarakat madani tanpa dadah. Antara salah satu daripada 3 orang peserta merupakan pengerusi kelab ict. Tahniah kepada tuan pengerusi ict. Diharap kejayaan ini dapat diteruskan lagi. Bagi pengetahuan semua, 3 orang pemenang ini berjaya membawa diri ke peringkat negeri dan mewakili negeri perak dalam pertandingan ePPDa. Syarat perlawanannya ialah kurung selama 3 jam dalam sebuah bilik khas dan diminta membuat persediaan presentation didalam bilik itu.(gambar ehsan cikgu azizan)

|

Perjumpaan Kelab ICT

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 10:14 PG
Setiap Rabu 12.30 TGH hingga 1.30 TGH. Semua Jawatankuasa Kelab ICT diwajibkan hadir.. Setiap minggu ke 2 dan 4.. Arahan Pengerusi Kelab ICT.

|

Lawatan Kelab ICT ke PC Fair UTP

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 11:21 PTG































|

Lawatan ke PC Fair (UTP)

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 9:46 PG
Keputusan telah pun ditetapkan dalam mesyuarat dan dijangka pc fair di UTP akan dibuat pada :
Tarikh : 8 Mac 2009
Hari : Ahad
Semua ahli akan berkumpul jam 09.45 Pagi. Semua jawatankuasa diwajibkan mengikuti lawatan. Jawatankuasa dikehendaki memastikan semua pelajar berada dalam berkelompok dan tidak bersepah dan keselamatan pelajar tidak boleh diabaikan.

|

Kenali Pengerusi??

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 3:30 PTG


Anak kelahiran Ipoh ini bernama eimiza tawfiq bin azmi. Kini menuntut di SMK Sultan Yussuf dalam tingkatan 5. Kelas 5ST2. Berkebolehan dalam kepimpinan.. Berminat dalam bidang computer system, formatting, designing dan photograph.. Seorang yang tegas tapi sporting... kdang2 tak ada mood panas baran jugak... Tapi saya nih seorang yg pemalu dan tidak berani bercakap di khalayak ramai... dan lebih suka pada menaip komputer.. So tahun nih saya harap semua jawatankuasa tidak mengira tua atau muda, sila beri kerjasama dengan saya bagi melicinkan dan semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar..

|

Mesyuarat ahli jawatankuasa kali pertama

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 9:15 PTG
Tarikh : 2 Mac 2009
Hari : Isnin
Waktu : Selepas Perhimpunan
Dijemput : Hanya jawatankuasa dan guru2 penasihat sahaja
Bertempat : Makmal ICT SMKSY
* semua ahli jawatankuasa diwajibkan hadir

|

Organisasi Kelab ICT 2009

Posted by Eimiza Tawfiq Azmi on 8:05 PTG in
Penaung
En. Ahmad Sanee bin Zainal Abidin

Penolong Kanan Kokurikulum
En. Noor Mohd Taib bin Nasiruddin

Guru Penasihat
Pn. Normawarni binti Ismail
Pn. Aenizawati binti Abdul Samad
Cik Maslin binti Kamaruddin
Yogeishwary A/P Raman

Pengerusi
Eimiza Tawfiq bin Haji Azmi

Naib Pengerusi
Khoo Kah Wai

Setiausaha
Liew Sew Kei

Naib Setiausaha
Muhammad Adib Fikri bin Ghazali

Bendahari
Muhammad Hafizuddin bin Md. Ali

Naib Bendahari
Muhamad Alif bin Mat Nasir

Ahli Jawatan Kuasa
Kebersihan : Sivasahtar A/L Pasupathi
Keceriaan : Seow Qiao Jun
Disiplin : Ramzan
Peralatan : Zaiful
Audit 1 : Chong Koon Tatt
Audit 2 : Venood

Wakil Tingkatan
Ting 1 : Nur Muhammad Afiq bin Norila Saidi
Ting 2 : Adib
Ting 4 : Mohd Khairi bin Zainorin
Ting 5 : Muhammad Faris bin Noor Mohd Taib
Ting 6 : Sarah Wahida binti Zambri

|

MAri BErCitCat



Copyright © 2009 -Kelab ICT- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.